From: Muhammad Nazril Laharadi
February 10 2013, 5.00am
Assalamualaikum
Nota yang ana buat dalam kapal terbang semalam
Rumusan refleksi diri sepanjang keberadaan ana di OZ
dan juga luahan hati penghargaan ana buat antum
——————————————–
Istikharah dan istisyarah merupakan dua perkara utama bagi seorang akh dalam membuat keputusan.
Istikharah memohon kepada Penciptanya
Istisyarah memohon kepada Murabbi2 nya
Ana telah melalui proses istikharah dan istisyarah yg sungguh menggelorakan hati, kerana keputusan yg dibuat bakal mengubah hidup ana 180 darjah
Meletak jawatan, berkahwin, dan hidup di luar negara.
Dan semua keputusan ini dibuat semasa ibu dan ayah berada di Makkah untuk menunaikan haji.
Di padang Arafah, Mama berdoa agar ana ditemukan dgn jodoh.
Kemudian dia menerima SMS
‘Mama sihat? Ajil nak kawin, tapi dengan syarat kena ikut bakal isteri belajar di Australia’
Mengalir air mata ibu dapat makbul doa secara tunai, walaupun hati berat utk berpisah dgn anaknya, Abah berkata:
‘Allah dah makbulkan doa kita, kalau kita berat hati bermakna kita menolak tawaran Allah makbulkan doa kita.’
Ana bertaaruf dengan bakal zaujah dalam bulan November 2009
Ana bertunang pada khamis malam jumaat 31 disember 2009
Ana menikah pada khamis malam jumaat 21 januari 2010
Selesai walimah langsung fly ke Australia pada 9 Februari 2010
Zaujah melahirkan anak sejurus tamat pengajian – tanpa dirancang
Dan hari ini pulang ke Malaysia pada 9 Februari 2013, genap 3 tahun melalui dan mendepani hasil keputusan istikharah dan istisyarah ini.
Rasa seperti baru semalam ana bertanya kpd akh Husni Kuantan,
‘benarkah untuk merasakan tarbiah sebenar harus ke luar negara?’
Jawab beliau: ‘kadangkala kita jadi terlalu selesa di negara sndiri. Ana sendiri looking forward utk berpindah ke luar negara dalam beberapa tahun ini’
- Terkini, ana mendapat makluman bahawa beliau akan ke Jordan tahun ini.
Rasa seperti baru semalam ana istisyarah pada pakcik Zairul (ayah ukht Hidayah dan mertua akh Ammar Kamaruzzaman) menasihatkan ana untuk gapai peluang yang ada untuk ke luar negara
Rasa seperti baru semalam ana menerima SMS dari bakal ibu mertua, mengharapkan agar ana menjaga anaknya dengan baik.
Rasa seperti baru semalam ana menghadiri Southern Gathering selaku peserta, (antara orang pertama yang ana kenali ketika itu ialah akh Nadzeri, antara peserta yang sama-sama jadi peserta dengan ana ialah akh Halim)
Rasa seperti baru semalam melalui AuScape2010 yang menemukan ana dgn ikhwah akhawat dari serata Australia; Melbourne, Perth, Brisbane, Macquarie.
Rasa seperti baru semalam ditegur oleh akh Mere sebab tak dapat sampaikan Muqaddimah ISK dengan baik. (jzkk akh)
Rasa seperti baru semalam melalui Warm I, Warm II.
Ana telah melihat bagaimana seorang akh yang 00 tetapi kini telah menjadi penggerak
Ana telah melihat bagaimana seorang ukhti yang 00 juga dan telah juga menjadi penggerak dan memakai tudung yang labuh
Ana telah melihat bagaimana seorang yang dimasukkan dalam usrah maintenance boleh dibentuk menjadi muayyid
Ana telah melihat bagaimana seorang yang hampir dicicirkan daripada program kerana tidak layak dari sudut mustawa kini menjadi manusia penting
Ia semua berlaku di depan mata.
Inilah tarbiyah, bagi sesiapa yang memahaminya.
Demi Allah, jalan ini jauh dan panjang, namun Allah akan tunjukkan bagi sesiapa yang berusaha, berpesan-pesan dengan kebanaran dan kesabaran.
Ana juga telah melihat jiwa-jiwa yang mengalir ruh Islam di dalam jasadnya
Ana telah melihat jiwa-jiwa yang sudi mengorbankan harta dan wang dollar nya
Ana telah melihat jiwa-jiwa yang Allah sifatkan dalam al-Quran
Ana telah melihat jiwa-jiwa yang Rasulullah saw sifatkan dalam hadithnya
Ana bersyukur kepada Allah swt yang telah mempertemukan ana dengan antum semua
Ana berterima kasih kepada antum kerana sudi dipertemukan dengan ana
Walillahil hamdi wa bihi nasykur
Secara umumnya pendapatan ana kecil di sini, sumber utama daripada mengajar anak-anak mengaji
Namun ajar mengaji ini telah memberikan ana pengalaman mentarbiyah masyarakat
Sebanyak 3 kali akh safwan menganjurkan aqiqah, alhamdulillah sentiasa meriah.
Giliran ana menganjurkan aqiqah, sedang cuti summer. Siapakah yg akan hadir?
Alhamdulillah, majlis tetap meriah. Anak-anak murid dan ibu bapa mereka hadir, memberikan doa, dokongan, sokongan, motivasi, dan juga ucapan selamat tinggal.
“Kami akan rindukan anda kerana anda yang mendidik anak-anak kami”
Ana telah melihat seorang anak yang tidak mahu belajar, kini berusaha untuk habiskan Iqra’
Ana telah melihat dua orang anak murid perempuan yang sudah mampu membaca al-Quran pada usia 7 tahun
Ana telah melihat dua orang anak murid yang telah hafal Juz 29 dan juz 30 dalam masa 6 bulan
Ana telah melihat seorang anak murid yang menjadi juara hafazan Quran setiap tahun ana mengajarnya
Ana telah melihat seorang anak murid remaja, yang kurang keyakinan diri sehingga sentiasa menyimpan rambut panjang bagi menutup sebahagian mukanya, mendapat motivasi diri hanya dengan belajar membaca al-Quran. Kini beliau memotong rambut pendek, kemas sesuai dengan keyakinan diri yang diperolehinya dengan kemampuannya membaca al-Quran.
Meninggalkan ikhwah akhawat, ana tidak bimbang kerana dakwah dipegang oleh tangan-tangan antum yang jauh lebih mampu daripada ana
Namun meninggalkan tarbiah masyarakat, ana rasa sedih kerana ana tahu mereka ini tertakluk kpd peluang yg ada, berbanding diri kita yg mengikat diri kita dgn tarbiyah.
Ana telah mendapat khutbah Jumaat terakhir yang paling sempurna buat seorang yang ingin BFG (back for good)
Terima kasih pada imam, Sheikh Amin yang baru pulang dari Gaza, Mesir, Syria dan Jordan bulan lalu.
Isinya:
‘Khalifah Yazid telah berkata, kalau aku hidup di zaman Nabi saw aku akan lakukan itu dan ini yang aku tidak terbuat pada hari ini.
Berkata Hudzaifah r.a. kepadanya:
“kau kata kau Qowiyy bila di samping Rasulullah saw?
“Semua sahabat besar r.a. berada di samping Nabi saw dalam kedinginan Ahzab, namun mereka menolak untuk menjadi perisik di saat Nabi saw menjanjikan syurga dan tempat di sisinya di akhirat nanti.”
“Adakah kau kira, jika kau ada bersama dengannya saat itu kau akan bangun menawarkan diri?” (kisah qum ya hudzaifah)
Allah memilih manusia terbaik untuk menjadi sahabat2 Nabi saw, dan Dia juga akan memilih manusia terbaik untuk memikul beban dakwah ini.
Hentikanlah angan-angan aku akan buat itu dan ini selepas aku BFG
Atau aku akan buat itu dan ini bermula tahun baru ini
Atau aku akan buat itu dan ini setelah hidup selesa nanti
Segalanya harus dibuktikan saat ini, tika ini, dan waktu ini.
Istiqamahlah dalam istikharah dan istisyarah dalam membuat sebarang keputusan, demi dakwah.
InsyaAllah akan diberikan jalan yang baik dalam urusan yang khair untuk deen kalian, kehidupan kalian, dan akhirat kalian (deen, ma’isyah, wa ‘aqibatu amr)
Jazakumullah buat antum sekelian sekali lagi
Ukhuwah itu amat manis rasanya
Akan kuhargai sepanjang hayat
Cintaku terhadap antum selepas cinta terhadap Allah dan Rasul
Abu A’aff al-’Aajily
–
+6 142 542 9874 – No OZ
+6 0123-06-4567 – No M’sia
Jangan buang masa, kawan.
Sebab masa tak punya banyak masa nak buang masa dengan kita…
Originally posted at http://nazril.com/dakwah/istikharah-dan-istisyarah/