Saturday, December 14, 2013

Rahsia Penghafal al-Quran: Cara Mengetahui Mukasurat Setiap Awal Juzuk Al-Quran

Pernahkah anda berjumpa dengan para penghafal al-Quran yang boleh memberikan nombor halaman mukasurat mana-mana ayat dalam al-Quran? Saya pernah! Ini tentu sesuatu yang menakjubkan, bukan? Walaubagaimanapun untuk pengetahuan anda mereka bukannya hafal, tetapi mereka menggunakan kaedah tertentu bagi mengira dan mendapatkan mukasurat satu-satu ayat tertentu atau surah. Cara ini dimulakan dengan mengetahui mukasurat awal juzuk al-Quran, dan kemudian mereka akan kira samada secara manambah atau menolak daripada mukasurat awal juzuk al-Quran tersebut


Hehe, untuk menguasai skil tersebut secara penuh anda perlulah menghafal al-Quran supaya anda tahu berapa jauhkah satu-satu ayat atau surah itu daripada awal sesebuah juzuk. Ataupun sekurang-kurangnya melazimi khatam al-Quran beberapa kali dalam setahun (bukan bulan Ramadhan je!) Walaubagaimanapun, saya boleh berkongsi dengan anda satu kaedah di mana para penghafal al-Quran ini mendapatkan mukasurat awal sesebuah juzuk.


Rumusnya adalah seperti berikut:


Awal juzuk = No Juzuk – 1 kemudian darab 2, kemudian letakkan 2 di belakang jawapan


Contoh Pengiraan 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.


Contoh Pengiraan 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh Pengiraan 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Selepas ini, kita ketahui pula cara pembahagian juzuk menurut maqra’. Ini juga adalah antara rahsia para penghafal Quran mengetahui mukasurat. Insya-Allah…



Originally posted at http://nazril.com/al-quran/cara-mengetahui-mukasurat-awal-juzuk-al-quran/

No comments:

Post a Comment