Nama program: Bumi Sham: Medan Pembebasan Masjidil Aqsa
Penceramah:
1. Sheikh Muhammad Riyadh as-Saqfa
2. Sheikh Khaled Hassan al-Hendawi
3. Dr Amer al-Bousalamaeh
Tarikh: 6 Mei 2014 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Anjuran: Academic Staff Association (ASA)
Dengan kerjasama Jawatankuasa Pembelaan Ummah IKRAM Selangor dan Ikram4Syria
Catatan oleh: Saudara Azlan Musyabri
1. Sheikh Muhammad Riyadh As-Saqfa
Sebelum ini Syria dijajah Perancis, dan Sheikh Mustafa Sibaie, muraqib Am Syria pertama turut sama berjuang.
Syria masuk sistem demokrasi yang dikuasai amerika, lalu ada perselisihan dalam kalangan rakyat Syria.
Maka Syria mengalami perubahan dan pertukaran kuasa, dan paling teruk dikuasai parti Ba’ath pimpinan Bashar Assad.
Antara syiar parti tersebut adalah menyembah parti Ba’ath sebagai tuhan.
Maka parti ini, selepas doktrin tadi, ada penentangan secara aman dari rakyat, tapi ditangani dengan senjata dan kekerasan.
Ada demonstrasi pada tahun 1964 di Hama, dan telah membunuh 46 orang ikhwan.
Pada 1982, berlaku lagi pertembungan dahsyat di Hama, 20,000 ditangkap dan dibunuh.
Apa yang berlaku pada 1982 di Hama, sebuah bandar dibom, tank dan kapal perang. Selepas itu, berlaku demonstrasi2 aman sebab rakyat x ada senjata. Tapi seluruh negara diserang dengan senjata2 berat dengan bom2, tank. Sehingga hari ini bilangan itu terus meningkat.
Hingga pada 2011, ramai yang telahpun terbunuh. Tapi sebab kerajaan yang berkuasa terus membunuh, rakyat bangkit secara bersenjata setelah 6 bulan bersabar.
Statistik kasar tunjuk lebih 120k mati, yang cedera 240k, 200k lagi dipenjara. Persoalannya, apa yang dunia buat dengan ratusan ribu yang ditangkap dan cedera?
Seperti yang disebut, pada 1963, parti baath kuasai negara, 1967 diserang Israel di dataran Golan. Sepupu Sheikh waktu itu adalah Gabenor di bandar tu. Selepas serangan Israel, menteri pertahanan Syria arahkan untuk tarik balik askar dan jangan lawan Israel. Semua undur, kecuali satu battalion, majoriti ikhwan, hingga semua mati syahid. Dataran Golan tu ditawan hingga hari ni.
Golan setelah ditawan pada 1967, hingga hari ni, x ada satu tembakan pun dari Syria ke arah Israel. Selepas peristiwa itu, menteri pertahanan diberi ganjaran atas jasa ‘besar’nya. Pada 1970, beliau dilantik menjadi presiden.
Aku rasa, antum faham kenapa dunia berdiam diri atas apa yang berlaku. Walaupun dibunuh, dunia diam kerana redha Israel bermakna redha amerika. Israel puas hati, amerika juga puas hati. Jika Syria dibiarkan bebas memerintah sendiri, rakyat Syria akan tuntut semula Golan dari Israel jiran mereka.
Rakyat Syria cekal hingga hari ini, dan berazam untuk terus sabar bersama Allah. Manakala regim Syria meminta bantuan dari Iran, Hizbullah, Abbas. Pada sari ketika, Assad hampir kalah, dan minta tolong dari Iran untuk hantar militia Shiah, juga dari Iraq dan Beirut. Ada arahan dari amerika, jangan benarkan ada senjata berat yang boleh tembak jatuh kapal terbang barat.
Antum patutnya jelas apa yang berlaku ini sebahagian dari perang yang lebih besar, iaitu membebaskan Palestin. Jika mereka bersatu, mereka akan bebaskan Palestin dari Israel, Zionist dan barat.
2. Sheikh Khaled Hendawi
Bismillah. Tadi muraqib am telah beri maklumat yang padat dan lengkap berkhasiat. X ada yang tertinggal. Sekarang saya akan sambung sikit lagi.
Sesiapa yang ada idea tafsiran yang berlaku, harap hormati pandangan kami. Teori yang berlaku, perancangan barat terhadap Islam dan dunia Islam. Umat Islam menjadi sasaran pada musuh2 Islam. Zionis sengaja diletakkan di tengah2 negara2 Arab. X letak di hujung2, tapi di tengah2. Antara syam, mesir, Iraq. Sejarah membuktikan bahawa tentera salib x berjaya dihalau dari tanah Islam hingga dua negara umat Islam bersatu syria dan mesir, lalu berjaya dihalau keluar. Juga tentera dari Iraq. Apa yang berlaku ini percaturan barat untuk jajah umat Islam. Perpindahan dari Hafiz Assad kepada anaknya Bashar Assad satu pemindahan yang licin. Ditambah pula general Sisi yang kuasai Mesir, dibantu pula Nuri al-Maliki.
Untuk kepentingan zionis, ia tak mungkin akan kekal dengan Arab Spring baru2 ni, terutamanya berjayanya kebangkitan di Mesir, Dr Mursi pegang tampuk pemerintahan. Netanyahu berkata, kejatuhan Mubarak adalah kerugian Israel. Is perlu kekalkan Assad agar jangan jatuh seperti Mubarak………..mereka perlu garam dan air untuk hidup, terutama kampung di sempadan Israel seperti kampung Nawa, Birr Ajam. Netanyahu terketar2 kata negaraku dalam keadaan bahaya.
Suatu ketika, akhbar bahasa Arab al quds dalam headline menyebut, Assad adalah raja Israel. Apa maksudnya ni? Setelah dikaji, didapati ahli2 politik Israel, businessman Israel semua puji Assad. Zaman Assad lah mereka menikmati kemakmuran, sempadan lebih luas hingga ke Golan. Mereka kata Basyar adalah kesayangan kami, begitu juga bapanya. Pernah ahli parlimen jerman yang menyertai kapal Mavi Marmara berkata, Assad kekal untuk kepentingan Israel, dan diiyakan oleh orang German yang lain. Orang barat pun faham apa yang berlaku. Penjajah akan kekalkan pemerintah kuku besi walaupun mereka telah keluar. Pemerintah kuku besi ini juga perlukan penjajah untuk justify juasa mereka. Kami perlu terus beluasa begini supaya kamu x dijajah lagi. Sebenarnya saling memerlukan antara penjajah dan pemerintah kuku besi.
Para penganalisa politik yang neutral, ketika mereka sampai kepada satu simpulan yang sama, jika Syria diperintah rakyat sendiri, akan berlaku perubahan besar di timur tengah. Basyar tak penting kepada barat secara individu, tapi peranannya penting utuk barat dan zionis. Sebab itu mereka x kisah apa yang dia guna nak hancurkan rakyatnya seperti bom letupan, bom kimia etc, namun dunia tetap berdiam diri. X lama dulu, ketikamana PM Israel dan menteri pertahanannya Ariel Sharon pada 1981 sibuk menawan Golan, Assad pula sibuk membantai rakyatnya sendiri dari tadmur(??) hingga ke Hama. Penjajah perlu pemerintah kuku besi, pemerintah perlu lakonan dari penjajah untuk kelangsungan mereka dan mengaut kekayaan negara. Benda penting untuk disampaikan, perlu kita kaitkan antara pembebasan Damsyiq dan Aqsa. Sangat penting. Aqsa x boleh bebas selagi Damsyiq x bebas dari pemerintahan kuku besi. Di muktamar ummah di Istanbul, wakil dari Islam di Israel, Sheikh Raed Solah wasiatkan, syukur kepada Allah yang telah menguji kami di Israel ni dengan Yahudi, dan tidak uji kami dengan Assad, seperti di Syria. Mehnah ujian yang dilakukan pemerintah kuku besi ni, Assad, Ghaddafi etc amat dahsyat. Masalah kita dengan yahudi x kan selesai melainkan dengan kekuatan. Jika ada ruang perdamaian, sudah pasti akan gunakan, tapi x ke mana. Sekarang, nereka cekal dengan apa yang mereka miliki untuk tebus hak mereka. Assad ni, bill Clinton kata, batu penghalang antara kita dan rakyat Islam. Khomeini dibawa balik dari perancis, 3 bulan baru balik, dia lepaskan orang yahudi balik Israel. Secara rahsia, kita iktiraf Israel, kalau di media kita hentam Israel. Begitu juga Vladimir Putin, dia datang Palestin, letak topi dan menangis, dia kata, hubungan kita dengan yahudi tak ada sapa2 yang boleh putuskannya. Dan Russia yang juga penyokong belakang Iran, diasaskan ajarannya oleh Abdullah bin Saba, terus kekalkan legasi ni. Cerita ini bukan nak melemahkan semangat antum. Tapi nak kita sedar dan bangkit dari kelalaian dan kealpaan kita. Diakhiri dengan kata2 Sheikh Jailani, setiap ujian adalah nikmat untuk kita sedar. Kalau tidak ada ujian sebagai ketukan ini, kita akan larut dengan dunia. Allah masih sayang lagi dengan umat ini.
3. Dr Amer al Bousalameh
Terima kasih kepada penganjur. Jika x terima kasih kepada manusia, maka tak terima kasih kepada Allah. Terima kasih kerana datang mendengar perkongsian kami.
Tidak lupa terima kasih kepada Malaysia, baik kerajaan mahupun rakyat dengan pendirian kamu terhadap isu Syria.
Ikhwah sekalian, apa yang sedang hangat di Syria, adalah keutamaan ummah yang perlu diberi perhatian.
Musibah besar yang melanda ni, bila yang bunuh dan bantai umat Islam di Syria adalah dikatakan demi Palestin. Menurut ketua Hizbullah, Hassan Nasrullah, ini adalah untuk membebaskan palestin. Ini adalah pembohongan. Allah menjadi saksi kepada pembohongan ini.
Sapa yang nak perjuangkan Palestin, pasti takkan bunuh anak2, wanita2 Syria, umat Islam syria. Sebenarnya, siapa yang lakukannya tidak lain adalah untuk kepentingan Israel.
Apa yang mereka lakukan ini membuktikan mereka adalah penjenayah, pembunuh di Syria. Walaupun mereka berkata mereka berjuang untuk Palestin, kata2 mereka adalah pembohongan belaka.
Kalau kita betul2 nak tahu sapa yang bantu dan tindas Palestin, lihat apa yang dilakukan tehadap rakyat Palestin di Syria. Sangat ramai. Ratusan mati kebuluran, mati dibunuh penjenayah2 ini. Jadi siapa yang nak bantu palestin sebenarnya?
Jadi, apa yang dakwaan pemerintah Syria, Assad di awal pemberontakan rakyat, dia kata orang Palestin adalah dalangnya. Seperti yang berlaku di dar’a(?) dan dahlikiyah(?).
Apa yang berlaku di perkhemahan Yarmouk di Syria, kebanyakannya rakyat Palestin yang dikepung dan kebuluran, menjadi dasar kebencian kepada Palestine, bukan nak bela mereka.
Di kem2 pelarian ini, lebih 100 dibunuh. Lebih 100 kebuluran terpaksa makan anjing dan kucing untuk teruskan kehidupan. Mereka telah dihalau Israel. Seperti Israel lakukan, Basyar juga lakukan perkara yang sama.
Saya dah x nak ulang apa yang dah disebut oleh sheikh2 tadi, rahsia2 yang terbongkar, konspirasi barat, syiah,penguasa kuku besi. Apa yang berlaku sangat terang.
Khaled Mesh’al dalam satu konferens menyebut, mereka berkata nak bebaskan palestin, tapi sebenarnya pembunuhan. Kata2 yang kosong dan penuh pembunuhan.
Penuh dengan politik yang dalam, dengan memahami segala aspek siyasah, fiqhiyah dan keagamaan.
Akhir sekali, kewajipan hari ini adalah untuk bantu rakyat Syria dari cengkaman kuasa yang membantai mereka. Sheikh Yusuf Qardawi berkata, umat sekarang wajib bersama kebangkitan rakyat Syria, wajib bantu mereka bebas dari pemerintah kuku besi ini.
Fatwa2 ulama ummah yang lain, mana2 Muslim yang cuai bantu Muslim Syria adalah berdosa. Mereka dikepung dengan pelbagai puak yang menentang Islam.
Kami harapkan ikhwah Muslim tidak lupa mendoakan kami di sana.
Mereka hendaklah berdiri bersama rakyat Syria dengan makna jihad yang menyeluruh. Jihad harta melalui sumbangan harta. Jihad dengan kata2 untuk sampaikan kepada orang lain. Majlis ini menjadi bukti jihad kita.
Juga jihad media, kerana media merupakan senjata yang ampuh. Patut kita gunakan untuk sampaikan kepada dunia maklumat yang sebenar.
Tak lupa juga satu wasilah daripada wasilah2 penting iaitu demo mengangkat poster2 dan syiar2 sebarkan kebenaran ini, dengan syarat dilaksanakan secara aman.
Pada tatkala Gaza dikepung dan diserang, jutaan umat bangkit berdemo, dan berjaya lakukan sesuatu yang berkesan. Jika itu dilakukan untuk Palestin, seperti yang berlaku di Syria ini adalah antara kes2 Gaza yang lain, memaksa kita untuk bangkit berkali2 ganda lebih dahsyat.
Apa yang sedang berlaku di Damsyiq, umpama Gaza, Hama, Hala, Dir’a, etc, semua ibarat Gaza2 yang dikepung. Perjuangan umat di Syria menuntut kesedaran semasa, tuntutan umat yang utama pada masa kini.
Soalan 1
Turki mmbuka pintu seluas2nya, buka ruang untuk orang datang perlindungan, ruang untuk NGO2 kutip derma, konferens etc dilakukan di sana.
Terdapat juga gerakan dari Turki yang aktif di Syria, disokong oleh kerajaan Turki sendiri.
Soalan 2
Ziarah Masjidil Aqsa akan bantu Israel atau hanya ada di sana untuk imarahkan masjidil Aqsa?
Qardawi berkata haram lawat palestin dalam keadaannya terjajah. Palestin, bukan Israel. Jangan iktiraf Israel. Selalu pergi ke pejabat2, channel2 tv, terpampang peta dunia tertulis Israel. Patutnya kita tulis Palestine. Untuk ahli sunnah, saya sokong fatwa Dr Yusuf Qardhawi ini, dalam keadannya terjajah, x perlu berjalan ke sana.
Apabila fatwa Ali Jumuah dulu kata boleh ziarah, ramai yang mengkritik beliau. Akhirnya terbukti sikap beliau yang bersama Sisi, menonjolkan kemunafiqan beliau, bahkan benarkan bunuh pendemonstrasi. Ibn Hajar al-Haithami kata, dalam kitab beliau Zawajir, salah satu dosa besar adalah mengutuk sahabat. Beliau bawa perbandingan antara syiah rafidah dan yahudi. Banyak persamaan mereka. Bila kita kata yahudi, bukan hanya nama, tapi juga pada perbuatan. Mengikut kaedah dalam tafsir, ibrah bukan pada lafaz khusus tapi umum pengajaran dari ayat itu.
Mungkin dari segi lawatan ni pengecualian jika nak buat kajian, bawa maklumat terkini dari sana etc. Dalam hadith menyebut, peperangan itu adalah tipudaya. X ada masalah untuk masuk untuk perancangan tertentu, x ada masalah.
Originally posted at http://nazril.com/akhbar-alam-islami/catatan-program-bumi-syam-medan-pembebasan-masjidil-aqsa/
No comments:
Post a Comment