1. Kita hendaklah berusaha ‘memanaskan badan’ menghadapi Ramadhan dengan strategi meningkatkan jumlah bacaan al-Quran
2. Ketahuilah bahawa setiap juz ada 8 suku hizb atau disebut maqra’ (8 kali simbol bintang)
3. Jadual bacaan kita dibahagikan mengikut strategi kitaran 8 hari.
4. 1-8 Rejab, baca 1 maqra’ sehari (kira-kira 2.5 mukasurat). Selesai 1 juz dalam masa 8 hari.
5. 9-16 Rejab, baca 2 maqra’ sehari (kira-kira 5 mukasurat). Selesai 2 juz dalam masa 8 hari. Total dah 3 juz.
6. 17-24 Rejab, baca 3 maqra’ sehari (kira-kira 7.5 mukasurat). Selesai 3 juz. Total dah 6 juz.
7. 25 Rejab – 3 Syaaban, baca 4 maqra’ sehari bersamaan setengah juz (juga disebut satu hizb. Kira-kira 10 mukasurat). Selesai 4 juz. Total dah 10 juz.
8. 4-11 Syaaban, baca 5 maqra’ sehari (kira-kira 12.5 mukasurat). Selesai 5 juz. Total dah 15 juz.
9. 12-19 Syaaban, baca 6 maqra’ sehari (kira-kira 15 mukasurat). Selesai 6 juz. Total dah 21 juz.
10. 20-27 Syaaban, baca 7 maqra’ sehari (kira-kira 17.5 mukasurat). Selesai 7 juz. Total dah 28 juz.
11. 28-29 Syaaban, baca 8 maqra’ sehari (1 juz). Selesai 2 juz. Khatam sekali sebelum Ramadhan.
12. Teruskan membaca 1 juz setiap hari dlm bulan Ramadhan. InsyaAllah dapat khatam sekali lagi dalam bulan Ramadhan.
Mudah, bukan? Mari mencuba
Nazril
3 Rejab 1435H
Originally posted at http://nazril.com/al-quran/tips-meningkatkan-bacaan-sehingga-mampu-membaca-1-juz-setiap-hari/
No comments:
Post a Comment